Sunday, June 14, 2009

Mempelajari teknik melakukan facial dan bersolek-14/6

Minggu ini PGW meneruskan aktivitinya dengan mempelajari teknik melakukan facial dan solekan ringkas.Tenaga pengajar jemputan adalah Pn Norfiza Mahput.Pihak Jawatankuasa ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau berkongsi ilmu mengenai kecantikan yang sememangnya di minati oleh semua wanita.Harapan beliau selepas ini semua yang hadir dapat melakukan facial dirumah dan dapat melakukan solekan ringkas untuk diri sendiri.Gambar sekitar aktiviti.

Pn Norfiza sedang berkongsi info mengenai kecantikan dan barangan Mary Kay.
Dah tak sabar nak berfacial dah....


Antara barangan kecantikan yang Pn Norfiza gunakan.

Begitu tekun dorang ni mendengar

Sampai masanya untuk mencuba dan pilih prodak mana yang disukai.

Nak gi bilik air pun kena berbaris la...
sental kak...biar hilang semua sel kulit yang mati tuu..
Suka betul dorang bab ni..

Sebelum nak buat facial... gunakan kapas untuk lap make up pada mata dan bibir terlebih dahulu. Begini cara memegang kapas.


Setelah selesai sesi facial tibalah masanya untuk belajar make up pula...


Pn Norfiza sedang menerangkan cara solekan mata
Pn Raja Adilla sedang menunjukan kepakaran beliau ..

Masing-masing sudah boleh make up sendiri...

Cenderahati untuk Pn Noni dari China sempena lawatan Pn Norfiza kesana baru-baru ini
Semua dah comel-comel....wajah-wajah selepas aktiviti solekan tamat.

Monday, June 1, 2009

MAKLUMAN AKTIVITI - 14 June 2009

Aktiviti PGW yang seterusnya adalah mempelajari teknik melakukan facial dan asas bersolek.Semua peserta yang hadir akan berpeluang mempelajari dan melakukan sendiri teknik tersebut dengan bimbingan dari pengajar jemputan.Semua wanita yang berminat di jemput hadir.Aktiviti percuma.Lokasi adalah di Dewan Masyarakat Saujana Utama jam 9.30 pagi..