Tuesday, September 1, 2009

PENGUMUMAN AKTIVITI

Aktiviti PGW akan disambung semula selepas bulan ramadhan dan shawal, kami pihak jawatankuasa ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam program ini..kerana terpaksa memberhentikan aktiviti untuk sementara waktu.

Sunday, June 14, 2009

Mempelajari teknik melakukan facial dan bersolek-14/6

Minggu ini PGW meneruskan aktivitinya dengan mempelajari teknik melakukan facial dan solekan ringkas.Tenaga pengajar jemputan adalah Pn Norfiza Mahput.Pihak Jawatankuasa ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau berkongsi ilmu mengenai kecantikan yang sememangnya di minati oleh semua wanita.Harapan beliau selepas ini semua yang hadir dapat melakukan facial dirumah dan dapat melakukan solekan ringkas untuk diri sendiri.Gambar sekitar aktiviti.

Pn Norfiza sedang berkongsi info mengenai kecantikan dan barangan Mary Kay.
Dah tak sabar nak berfacial dah....


Antara barangan kecantikan yang Pn Norfiza gunakan.

Begitu tekun dorang ni mendengar

Sampai masanya untuk mencuba dan pilih prodak mana yang disukai.

Nak gi bilik air pun kena berbaris la...
sental kak...biar hilang semua sel kulit yang mati tuu..
Suka betul dorang bab ni..

Sebelum nak buat facial... gunakan kapas untuk lap make up pada mata dan bibir terlebih dahulu. Begini cara memegang kapas.


Setelah selesai sesi facial tibalah masanya untuk belajar make up pula...


Pn Norfiza sedang menerangkan cara solekan mata
Pn Raja Adilla sedang menunjukan kepakaran beliau ..

Masing-masing sudah boleh make up sendiri...

Cenderahati untuk Pn Noni dari China sempena lawatan Pn Norfiza kesana baru-baru ini
Semua dah comel-comel....wajah-wajah selepas aktiviti solekan tamat.

Monday, June 1, 2009

MAKLUMAN AKTIVITI - 14 June 2009

Aktiviti PGW yang seterusnya adalah mempelajari teknik melakukan facial dan asas bersolek.Semua peserta yang hadir akan berpeluang mempelajari dan melakukan sendiri teknik tersebut dengan bimbingan dari pengajar jemputan.Semua wanita yang berminat di jemput hadir.Aktiviti percuma.Lokasi adalah di Dewan Masyarakat Saujana Utama jam 9.30 pagi..

Friday, May 22, 2009

AKTIVITI MINGGU INI - 24 Mei

Demo masakan oleh Pn Aza.Nasi Arab Bersama Kambing,dan Dalca.Lokasi kali ini akan diadakan di no.142 Jalan Seroja 1/1 SBCR.Aktiviti tidak dapat diadakan di Dewan Masyarakat minggu ini berikutan Mesyuarat Agung SUTRA kali ke4 yang juga jatuh pada hari Ahad. Aktiviti akan bermula pada jam 9.30 pagi.Semua wanita di jemput hadir.Kelas percuma.

Monday, April 20, 2009

PENGUMUMAN AKTIVITI!!!!!!!

Pihak jawatankuasa ingin memohon maaf kerana terpaksa menunda tarikh Kempen kesedaran Penjagaan Kebersihan Wanita ke satu tarikh yang belum ditentukan lagi.Perbincangan akan dibuat dalam masa yang terdekat ini dengan pihak Professional Assignments Sdn Bhd bagi memilih tarikh yang sesuai.Kami terpaksa menunda aktiviti ini kerana tarikh tersebut akan diadakan sambutan hari sukan di SKSU.Pihak jawatankuasa akan menghubungi semua mereka yang telah mendaftar untuk kempen tersebut.Harap Maklum.

Tuesday, April 7, 2009

KEMPEN KESEDARAN PENJAGAAN KEBERSIHAN WANITA

Program ini bertujuan untuk membina kesedaran tentang pentingnya pengetahuan mengenai masalah jangkitan bakteria dan cara-cara menghindari masalah tersebut berdasarkan satu teknologi dan produk yang diamalkan oleh Hospital-hospital di Perancis.


ATURCARA KEMPEN:

Jam 9 pagi -15 min- Ceramah Kesihatan " penjagaan Vagina"
Jam 9.20 pagi -15 min- Senaman Stabiliti Saraf Autonomik
Jam 9.45 pagi-12 tengahari - Smear Test Bakteria Vagina DIY (percuma) Terhad kepada 50 org pertama yg mendaftar.


TARIKH - 26 APRIL 2009
JAM - 9 PG- 12 TGHARI


Kerjasama antara Pusat Giat Wanita dan Professional Assignments sdn bhd.

Semua kaum wanita di jemput hadir

Monday, April 6, 2009

JADUAL AKTIVITI PGW SAUJANA UTAMA




26 April - KEMPEN KESEDARAN PENJAGAAN KEBERSIHAN WANITA

10 mei -KELAS JAHITAN LANGSIR

24 mei - DEMO FACIAL/CERAMAH KECANTIKAN DAN KESIHATAN

7 June - KELAS JAHITAN BAJU KURUNG