Sunday, March 29, 2009

Demo Masakan Pizza dan Hot Dog Special Oren

Aktiviti minggu ini ialah demo masakan Pizza dan Hot Dog Special Oren dari Puan Raja Adilla dari Cemara West.Nama Hot Dog Special Oren diambil sempena kemenangan beliau sebagai keluarga Teroren dalam Jamuan Makan Cemara west baru-baru ini.






Puan Raja Adilla bersama Hot Dog Special Oren

Pizza ini di masak menggunakan periuk 'TupperChef' barangan keluaran Tupperware

Ini dia Hot Dog Special Oren.....
sedang sibuk menyalin resepi
Inilah barisan mereka yang tidak pernah miss aktiviti....nak hadiah kehadiran penuh kata mereka.


Inilah masa yang di tunggu-tunggu..part merasa masakan
lagi......
Dan lagi.....

Antara remaja yang selalu hadir ke setiap aktiviti....

Jutaan Terima Kasih kepada pihak 10210 atas kesudian menyediakan minuman pada aktiviti minggu ini..

Sunday, March 15, 2009

Kelas Jahitan manik.

15 March,kelas jahitan manik anjuran Pusat Giat Wanita telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad lepas.Puan Sapiah Abd Rahman dari Cemara telah sudi berkongsi ilmu mengenai pelbagai jenis jahitan manik.Pihak Jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau berkongsi ilmu dengan peserta yang hadir pada hari itu.

Walaupun masa yang dijadualkan hanya 2 jam,namun peserta yang hadir berjaya menyiapkan pelbagai jenis corak jahitan.












PGW di Sinar Harian

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 16 Mac 2009 bersamaan hari Isnin telah memuatkan artikel berkenaan Pusat giat Wanita SU. Sila klik di gambar untuk besarkan image.

Monday, March 2, 2009

Demo Masakan Bersama Mak Wan

1 Mac 2009
Aktiviti minggu ini diteruskan lagi dengan demo masakan Karipap dan Kek Marble.Chef jemputan ialah Puan Hajah Napisah dari Saujana Utama 2.
Antara peserta yang hadir
Puan Hajah Napsiah ini lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan.

Peserta remaja juga turut berminat untuk mencuba membuat karipap.

Inilah hasilnya.... Kek Marble dan Karipap Daging.
Oleh kerana minggu lepas merupakan hari jadi Mak Wan,kami mendoakan agar Mak Wan dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan agar dapat mengajar kami lagi.Amin.

Sebelum bersurai... kueh mueh yang telah dimasak tadi dibungkus dan dibahagi sama rata.

Karipap Daging

Inti:
1 kg daging di cincang
3 sudu jintan halus / putih
1 sudu jintan kasar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
sedikit daun bawang dan daun sup
garam secukup rasa
1 biji telur
3 biji kentang dipotong dadu

Cara-cara membuatnya;
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan masukan garam.
Masukkan daging (rebus untuk lembut) dan kentang (rebus sekejap)
Pecahkan telur dan kacau hingga kering.
Masakkan daun sop dan daun bawang.
Tip: Telur dipecahkan dalam inti yang hampir masak untuk menjadikan inti tahan lama.

Kulit Karipap
1 kg tepung gandum
1 cawan minyak
2 sudu margerin
Air
Garam

Cara membuat kulit karipap;
Mula-mula panaskan minyak dan margerin sehingga mendidih.

Apabila telah mendidih masukkan kedalam tepung sehingga rata.

Setelah itu masukkan air yang telah dicampurkan dengan garam ke dalam adunan tadi.Uli lagi sehingga rata dan lembut.

Pastikan tidak meletakkan inti terlalu banyak untuk mengelakkan karipap pecah ketika mengoreng.

Goreng sehingga karipap menjadi kuning keemasan.


Kek Marble

6 biji telur (saiz A)
1 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan tepung naik sendiri

Cara-cara membuatnya;
1. Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri dan baking powder.
2. Kisar gula, margarine, susu hingga naik menggunakan mesin.
3. Pecahkan telaur di dalam bekas dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam mesin kisar tadi.
4. Pukul telur sampai naik
5. Masukkan perasa oren dan pewarna kuning.
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga rata.
7. Bahagiakan adunan kepada dua bahagian. Salah satu adunan tadi dicampurkan dengan coklat.
8. Sapukan loyang dengan magerine dan sedikit tepung.
9. Masuk adunan coklat dan biasa ke dalam loyang secara selang seli. Kemudian bakar selama 45 – 1 jam dengan api 180 C.

Masukkan adunan tepung dalam loyang secara berselang-seli.

Jika hendak tahu kek sudah masak atau belum, cucukkan sebatang lidi ke atas kek. Sekiranya kering tandanya sudah masak dan sedia diangkat.

Apabila dipotong akan nampak coraknya yang cantik. Rasanya juga sungguh sedap.

Demo Masakan 15 Febuari 2009

Demo masakan hari ini dikelolakan oleh Puan Aza. Masakan ini sesuai untuk kanak-kanak. Selain berkhasiat, ia juga meransang selera kerana mempunyai berbagai warna.

Lebih kurang 40 orang telah hadir.
Senaman mengikut rentak line dancing.


RESEPI HARI INI
MACARONI DAN TOMATO PUMPKIN PASTA SOS


2 cawan macaroni, dimasak
1/2 tin sup tomato
2 potong labu, dipotong dadu
1/4 bawang besar, dipotong dadu
1/2 lobak merah, sederhana besar and dipotong dadu
1 sudu makan gula

Cara-caranya:1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang
2. Masukkan lobak merah dan labu
3. Masukkan air sehingga meliputi lobak dan labu
4. Masukkan 1/2 tin sup tomato
5. Tambahkan gula secukup rasa
6. Padamkan api dan biarkan sos sejuk sedikit
7. Masukkan ke dalam alat pengisar dan kisar sehingga halus.
8. Panaskan sos di atas api jika mahu memekatkan lagi sos.
9. Jika terlalu pekat, bolehlah tambah air.
* Boleh juga tambah ayam dan udang.


BANANA BREAD
4-5 tbsp mentega/margarin
2 biji telur
3 pisang yg sudah masak, dilecek
3/4 cawan gula merah
1 1/3 cawan tepung gandum
3/4 tsp garam
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp serbuk kayu manis (optional)
1/2 cawan kismis atauu chip coklat

Cara-caranya:
1. Lecekkan pisang bersama mentega, gula dan telur
2. Campurkan semua bahan kering diatas.
3. Gaulkan pisang kedalam tepung.
4. Masukkan kismis atau chip coklat
5. Masukkan ke dalam tin dan bakar selama 30 min atau sehingga masak dalam oven yg dipanaskan pada suhu 180 - 170C

TUNA TOASTIES

1 tin tuna
1/3 blok cream cheese
2-3 tbsp mayonis
1/2 cawan cukai/daun bawang/ batang saderi, dipotong kecil-kecil (optional)

Cara-caranya:
1. Panaskan tuna di atas api
2. Masukkan tuna, cream cheese dan mayonis ke dalam blender dan kisar hingga halus.
3. Masukkan batang saderi/ cukai/ daun bawang.

OAT PANCAKES
200 gm tepung gandum
40 gm oat
3 tsp baking powder
secubit garam
2 tbsp gula
1 1/2 cawan susu
2 telur
50 gm margarin, dicairkan
kismis / kurma , dipotong dadu (opt)

Cara-caranya:

1. Ayak tepung, baking powder.
2. Tambahkan garam dan gula.
3. Pukul telur, susu dan margarin.
4. Gaulkan bersama tepung dan oat, kurma/kismis
5. Biarkan 10 minute sebelum dimasak.

Sunday, March 1, 2009

PENUBUHAN PUSAT GIAT WANITA


Objektif penubuhan Pusat Giat Wanita adalah sebagai platform untuk program/aktiviti kemasyarakatan bagi membantu wanita SU,SBCR,SRI PRISTANA dan kawasan sekitar menjana pendapatan sampingan melalui kemahiran yang diperolehi dan mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Selain menggalakkan perkembangan pengetahuan,kemahiran serta kemajuan diri menerusi aktiviti yang diikuti,Pusat ini juga berupaya merapatkan hubungan muhibbah yang menyatupadukan pelbagai kaum wanita.
Berkonsepkan perkongsian ilmu,tenaga pengajar Pusat ini adalah terdiri daripada sukarelawan yang sudi mengajar secara percuma.Walaupun tiada bayaran dikenakan untuk mengikuti aktiviti ini namun sumbangan wang dari mereka yang hadir amat dialu-alukan.Ia adalah bertujuan untuk menampung kos penyediaan bahan aktiviti.
Kepada semua dermawan yang ingin memberi sumbangan wang dan ilmu bolehlah berbuat demikian melalui Jawatankuasa dibawah.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Pusat Giat Wanita:

Ketua Penyelaras : Puan Noni Abd Rahman - 0176863839
Tim.Penyelaras : Puan Wasanthee a/p Sinnasamy - 0122978640
Setiausaha : Puan Rohana Abd Rahman - 012 3493495
Bendahari : Puan Azalia Zainal - 0126270636
Ahli Jawatankuasa kecil :

Pn Rusiah
Pn Zalifah
Pn Shamsiah
Pn Hapisah
Pn Norsiah
Pn Maizatul
Pn Roziah
Pn Rosnani